MENGENAL DIRI SEBENAR DIRI (KAEDAH BAPAK DR.
BAGINDA MUCHTAR JUGA DIKENALI DENGAN BBM)
Apabila membicarakan tentang ilmu Mengenal
Diri ini terdapat berbagai bagai pendapat tentangnya. Ada yang mengatakan perlu
dan ada yang mengatakan tidak perlu di kaji tentang ilmu ini, dan ramai juga
yang tanpa usul dan periksa akan terus menyatakan bahawa ilmu ini sesat dan
menyeleweng, dan mereka mereka ini terus menghukum pengamal pengamal ilmu ini
tidak kira cara atau kaedah apa yang mereka gunakan. Tidak dinafikan terdapat
banyak perguruan yang mengajar akan ilmu ini dengan pendekatan yang berbeza
beza, tapi walau apa pun kaedahnya, matlamat nya sama yaitu mengenal diri akan
membawa kepada mengenal Allah. Untuk ini kaedah kaedah yang di gunakan saperti
berTarikat, berHakikat, Mengamalkan Ayat Ayat tertentu hingga lahir diri
sebenar diri itu, ada juga yang mengamalkan ayat tertentu pada hari hari
tertentu, berzikir, merenung, bersuluk dan sebagainya. Berdasarkan kepada hadis
“ Barang siapa mengenal diri nescaya kenal lah ia akan tuhannya.” Dan terdapat
juga pengamal yang hanya dapat merasakan Diri sebenar Diri pada masa dan juga
hari hari tertentu sahaja. Mengapa terjadi begini, hanya Allah sahaja yang
mengetahui.Dan di risalah kecil ini, Diri sebenar Diri yang di bincangkan di
sini atau yang kita ingin kenal ini bukan lah mengenal Diri yang kita lihat
atau jasad kasar (Tubuh) kita ini, tapi Diri sebenar Diri yang berada atau diam
dan duduk di dalam batang tubuh atau jasad kasar kita ini (tersembunyi di
dalam) . Dan ianya diberi bermacam nama saperti Nyawa, Jiwa, Diri Terperi,
Raga, Buddhi, Chi, Yang, Astral Body, Diri Asli dan macam macam lagi mengikut
perguruan tertentu dan juga bangsa bangsa tertentu.Walau apa pun Dia haruslah
di kenali kerana dia lah Diri Sebenar Diri kita, dan dia jugalah yang akan
bertanggung jawab di atas segala perbuatan kita, bukan jasad kasar kita ini
yang mana akan dikuburkan apabila kita mengalami kematian (Roh keluar dari
jasad kelak).Di sini kita hanya akan membicarakan Ilmu mengenal Diri yang di
asaskan oleh Dr Baginda Muchtar dan cara cara beramal dengannya, saya di
ijazahkan dengan ilmu ini pada tahun 1975 (Ijazah Kecil) dan pada tahun 1982
(Ijazah Besar) yang membolehkan saya memberi ijazah pula kepada mereka mereka
yang berminat. Risalah ini adalah kefahaman berdasarkan kepada pengalaman
pengalaman saya sendiri dan juga anak anak murid beliau yang lain yang
mengamalkan Ilmu Pengetahuan yang beliau asaskan ini, dan risalah ini adalah
untuk murid murid beliau amnya dan untuk mereka mereka yang mendapatkan aliran
ini dari saya, semoga dapat di manafaatkan keilmuannya…..insyaallah.Bapak
Baginda Muchtar tidak menuntut ilmu mengenal Diri atau belajar Ilmu ini dari
mana mana perguruan tapi ianya ada lah satu anugerah Allah kepada beliau dan di
penghujung risalah ini ada saya lampirkan sejarah hidup beliau yang di catitkan
oleh Allahyarham Mejar (B) Hj. Abdul Rahman Ibrahim ( Salah seorang anak murid
beliau yang tertua ). Dan menurut Bapak Baginda Muchtar ilmu ini ialah ilmu
pengetahuan dan bukannya satu ilmu Agama, yang mana Ilmu ini tergulung dalam
ilmu Metafizik, dan syariat tetap syariat tanpa di ubah atau ditambah.Sebelum
kita pergi lebih jauh lagi, pertama haruslah kita lihat dulu akan jasad kita
dan kita ketahui bahawa Kita ini terdiri dari dua unsur:Pertama : Aliran nyata,
aliran JasmaniKedua : Aliran tidak nyata, aliran Rohani (Diri)Kedua dua aliran
ini kelihatan pada kita hanya satu tetapi sebenarnya ianya terdapat dua, dia
kelihatan satu kerana Aliran Rohani berada di dalam aliran Jasmani.
ALIRAN JASMANI merupakan darah,
ALIRAN ROHANI merupakan karan (Cahaya).
Kelihatannya saperti dua tetapi sebenarnya
Satu, kandung mengandung…..Jasmani mengandung Rohani dan Rohani terkandung di
dalam Jasmani.Dengan ini kita faham bahawa jasad kasar kita ini adalah unsur
luaran yang akan mati satu ketika nanti dan akan di hantar ke tanah akhirnya.
Ia nya adalah ialah ketentuan dari Tuhan tetapi apa yang berlaku ialah kematian
di sebabkan oleh apabila keluarnya Roh (Aku) dari jasad, maka akan berlakulah
kematian kepada manusia itu.Disini kita cuba fahami siapa kah yang penting
dalam keadaan ini……Ada Roh tanpa jasad, Roh hanya cahaya melulu……….ada jasad
tanpa Roh, bererti tidak ada kehidupan kepada jasad. (Ianya berupa benda
mati)Kita kembali kepada kejadian Nabi Adam, manusia pertama yang di jadikan
oleh Allah, di jadikan dari tanah dan di bentuk menjadi manusia dan apabila
siap jasad Adam dan setelah itu Allah memerintahkan Roh untuk memasukki Jasad
Adam.Sebelum memasukki ke jasad Adam, Roh bertanya di manakah harus di
masukkinya, dan Allah menjawab “Masukkilah mana mana yang kau senangi”Seterus
nya Roh memasukki melalui hidung Adam dan hingga ke hari ini, kita bernafas melalui
hidung.Pada kejadian kita pula terjadinya ketika bayi dalam perut ibu lagi,
ketika ia berumur 100 hari, maka saperti yang difirmankan oleh Allah bahawa
“Aku tiupkan sebahagian dari Roh ku” dan bayi tersebut mulai hidup dan juga di
panggil bernyawa, dan ianya berkembang dari hari ke hari hingga hari kelahiran
nya.Kesimpulannya apabila Roh masuk kedalam jasad kasar kita ini kita terus
akan hidup dan bila Roh keluar dari jasad kita akan mati.Jadi Roh itu ialah
sumber kehidupan kita atau punca kita hidup, tanpa nya (Roh) kita adalah benda
mati yang tidak bermaana dan tidak bererti langsung.
ADA KAH ROH ITU NYAWA?
Untuk menjawab soalan di atas kita harus faham
akan Roh itu sendiri, dan dalam aliran ilmu mengenal Diri menurut kaedah BBM
(Bapak Baginda Muchtar) ini, ia tidak membicarakan akan nama nama nya (Roh)
tetapi memahami cara cara perkembangan nya di dalam jasad yang berperingkat
peringkat dan secara ringkas nya di nyatakan saperti di bawah ini:
1. Roh Memasuki Jasad
2. Roh memancarkan Pancaran Cahaya Nya
3. Cahaya Memenuhi Setiap inci Ruang Dalaman
Di dalam Jasad
4. Dengan itu ia akan Membentuk Hingga Menjadi
Diri Sebenar Diri, yang mana rupa dan bentuknya serupa dengan Jasad Cuma ianya
ghaib.
(Diri sebenar Diri ujud apabila Roh berada di
dalam Jasad)
1. Roh boleh lah di bayangkan sebagai punca
cahaya atau pusat cahaya (Ibarat Mentol lampu yang bercahaya cahaya) yang
apabila di masukkan kedalam jasad ia nya duduk atau bertempat di tengah tengah
dada, dalam masa yang sama Roh tadi memancarkan cahaya, dan cahaya yang
terpancar dari Roh tadi terus memenuhi dan juga menerangi bahagian dalam jasad.
Cahaya tadi akan terus memenuhi seluruh bahagian dalam jasad..
2. Jadi sekarang bahagian dalam jasad telah di
penuhi oleh cahaya dari pusat cahaya ia itu Roh yang diamnya di tengah tengah
dada kita tadi. Jadi dapatlah di fahami bahawa cahaya telah memenuhi seluruh
jasad kita di dalam, yang batas atau sempadannya antara cahaya dan dunia luar
ialah kulit kita.
3. Oleh kerana cahaya itu tadi memenuhi
seluruh bahagian dalam jasad, dengan sendirinya ia telah membentuk satu rupa
yang menyerupai rupa jasadnya. Untuk memahami nya cuba kita bayangkan umpama
cahaya tadi berada di dalam bilik empat segi dengan sendirinya bentuk cahaya
tadi akan berupa empat segi, dan sekiranya cahaya tadi berada di bilik
berbentuk bulat dengan sendirinya cahaya tadi akan membentuk menjadi bulat,
dengan itu terbentuk lah Diri Sebenar Diri yang rupa dan bertuknya saling tak
tumpah saperti rupa dan jasad kita ini, tapi bezanya, ianya ghaib kerana ia nya
berasal dari pancaran Roh yang juga ghaib., atau lebih ringkas kita katakan
bahawa Diri Sebenar Diri mendatang kemudian setelah Roh memasukki jasad.
4. Dan Diri Sebenar Diri ini akan kekal ghaib
di dalam jasad dengan pancarannya yang menerangi di dalam jasad, dengan aliran
aliran cahayanya yang mengalir terus menerus di dalam jasad dan menjadi nyawa
atau penghidup yang menghidupkan jasad nya kerana ia berasal dari yang hidup.
5. Kalau pada jasad ada urat urat yang mana
darah mengalir dan mengalir keseluruh jasad, pada Diri Sebenar Diri juga
berlaku keadaan yang sama, Cuma pada Diri Sebenar Diri bukan darah yang
mengalir, tetapi cahaya yang mengalir keseluruh Diri sebenar Diri . cahaya yang
mengalir ini juga di panggil “Pancaran Diri”
6. Pancaran Diri ini terus menerus mengalir
keseluruh Diri Sebenar Diri, tanpa berhenti yang mana aliran nya menjadi
penghidup kepada jasad walaupun dari segi kenyataannya seolah olah aliran darah
yang menghidupkan jantung paru paru, limpa, rabu dan lain lain organ tubuh kita
ini.Kita bayangkan urat yang dalam nya ada darah mengalir dan dalam keadaan
ghaib pula akan ada pula pancaran cahaya yang mengalir bersama sama darah dalam
urat urat tadi. Dan ianya mengalir keseluruh jasad dengan satu tugas yaitu
menghidupkan.Jadi kita faham lah di sini sebenarnya tanpa tenaga tenaga yang
berpunca dari Roh dan terpancar ke Diri Sebenar Diri, jantung pun tidak akan
berfungsi dan bila jantung tidak berfungsi dengan sendirinya darah tidak dapat
mengalir, tenaga tenaga yang sama yang menghidupkan segala organ dalam jasad
kita ini saperti menghidupkan paru paru dan sebagainya. Hidupnya paru paru itu
menyebabkan kita dapat bernafas………………Roh memancarkan cahaya membentuk rupa
jasad tapi ghaib dan duduk di dalam jasad……….Menghidupkan organ dalaman jasad
dahulu saperti paru paru………….bila hidup dan berfungsi paru paru barulah
pernafasan bermula …….Sebab itu ada juga perguruan yang menamakan ilmu ini
“Ilmu Punca Nafas”
BAGAIMANA KITA MENGENAL DIRI SEBENAR DIRI
Telah diketahui bahawa Diri Sebenar Diri ialah
pancaran cahaya dari Roh yang memenuhi jasad kita dan berbentuk dan berwajah
sama saperti kita yang zahir ini. Dan dia lah yang harus kita kenal kerana
apabila kita telah mengenali nya (Diri Sebenar Diri) maka dia (Diri sebenar
Diri)akan kembali mengenali Allah.Mengenalnya ialah dengan melahirkan (juga di
kenali dengan panggilan lahir kali keduanya) pancarannya keluar dari kongkongan
jasad kasar ini, apa yang harus di lahirkan?Yang harus di lahirkan keluar ialah
pancaran cahaya Diri Sebenar Diri (juga di sebut aliran Diri). Aliran cahaya
ini insyaallah dapat kita keluarkan dengan membuka pintu pintu nya . dan jalan
keluarnya atau pintu pintu nya ialah di jari jari tangan kanan dan kiri kita.
Juga jari jari kaki kanan dan kiri kita (Peringkat Permulaan)Terdapat tiga cara
untuk melahirkannya ( Mengenalnya ) atau memancarkan pancaran cahaya Diri ini
keluar :
1. Terbuka dengan sendirin
2. Berusha sendiri hingga Terbuka
3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman
1. Terbuka Dengan Sendirinya:Saya pernah
berjumpa dengan mereka mereka yang terbuka dengan sendirinya, apa yang berlaku
ialah kebanyakan dari mereka mendapat rasa yang terasa di jari jemari dan juga
mendapat pergerakan pergerakan yaitu tangan kanan dan kiri mereka bergerak
dengan sendirinya. Dan rata rata mereka tidak memahami apa yang berlaku
sebenarnya. Peristiwa ini berlaku selalunya semasa mereka berzikir selepas
mengerjakan sembahyang, Dan kebanyakan dari mereka adalah ahli tarikat atau
yang mempelajari ilmu Tasawaf dan ramai antara mereka yang telah mengalami
peristiwa ini lebih dari 5 tahun tanpa mengetahui apa sebenar yang telah
berlaku kepada Diri mereka. Apa yang berlaku sebenarnya ialah pancaran Diri
sebenar Diri mereka telah memancar keluar dan pembawaannya ialah pergerakan
tangan secara tersendiri (auto).
2. Berusha Sendiri hingga Terbuka:Kaedah ini
ada dua cara yang di amalkan oleh mereka mereka yang ingin membuka Diri Sebenar
Diri, pertama mereka mengamalkan ayat ayat tertentu yang di amalkan setiap
lepas sembahyang sehingga mereka mendapat rasa dan gerak Diri sebenar Diri.dan
kedua dengan memohon terus kepada Allah supaya membukakan Diri sebenar Diri
mereka. Kepada mereka mereka ini kebanyakan nya telah memahami akan kedudukan
Diri sebenar Diri di dalam jasad ini.dan saya telah berjumpa ramai di antara
kalangan mereka yang telah pun mendapat atau merasakan adanya getaran getaran
halus yang dapat dirasakan di dalam jasad mereka, Cuma pancaran Diri Sebenar
Diri yang belum lagi keluar melalui pintu pintunya.
3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman
(wakil BBM):Cara ini lah yang paling ramai mendapatkannya. Cara ini ialah
dengan berjumpa kepada guru atau wakil guru ( Oleh kerana BBM telah meninggal
dunia jadi kepada mereka mereka yang telah di beri izin untuk membuka Diri
sebenar Diri dipanggil wakil guru ) dan dengan izin Allah dapatlah di bukakan
Diri Sebenar Diri pelajar tersebut.Cara pembukaan nya tidak lah rumit dan tidak
juga semudah yang sangkakan oleh ramai orang, ianya mengambil masa yang amat
singkat walau bagaimana pun ada juga terdapat kesulitan kesulitan yang timbul
semasa pembukaan tapi insyaallah ianya akan dapat di atasi.
SETELAH SEMUA INI SELESAI, ISTIADAT PENGIJAZAHAN
AKAN DILAKUKAN, DENGAN DUDUK DI ATAS KAIN PUTIH, DALAM ISTIADAT INI MURID AKAN
BERGERAK SEHINGGA TANGAN KANAN MEMEGANG KUNCI ALIF, LAM, MIM, KUNCI YANG
MEMBUKA YANG TERTUTUP DAN MENUTUP YANG TERBUKA,. KUNCI YANG BERUPA SAPERTI
ALIF, LAM, MIM.
Oleh kerana risalah ini ditujukan kepada
mereka mereka yang telah di ijazahkan, jadi di sini tidak dihuraikan cara cara
pembukaannya dan apa yang akan di ceritakan disini ialah cara beramal,
pengalaman, pesanan Bapak Baginda Muchtar dan lain lain yang bersangkut dengan
Ilmu Mengenal Diri yang di asaskan oleh Dr. Baginda Muchtar.
DENGAN INI BOLEHLAH DIKATAKAN KITA TELAH DAPAT
MERASAKAN YANG TERASA DAN TELAH DAPAT MEMBEBASKAN DIRI SEBENAR DIRI KITA.
RASA ITU ADALAH PANCARAN DIRI SEBENAR DIRI DAN
PADA RASA ITU LAH RAHSIANYA.
KITA TELAH BEBAS TETAPI TIDAK LEPAS, KITA
TELAH PULANG SEBELUM DI PANGGIL
MENGENAL DIRI MENGENAL TUHAN
Setelah dapat (Dengan izin Allah) memancarkan
pancaran Diri yang mana tandanya ialah rasa yang terasa di jari jari kita, dan
mendapat gerak yang bergerak dengan sendirinya tanpa bantuan dari pergerakan
jasad kasar kita ini, dengan itu Diri sebenar Diri telah lahir dan persoalan
yang selalu di ajukan kepada saya ialah :
a. Apa yang dapat di lakukan bila dah kenal
Diri
b. Bagaimana nak beramal
c. Apa kelebihan ilmu mengenal Diri ini
Sebelum kita pergi lebih jauh, kita kaji dulu
ungkapan hadis ini “Barangsiapa Mengenal Diri Nescaya akan kenal lah dia akan
Tuhannya.
Adakah apabila kita kenal Diri kita dengan
sendirinya kita kenal Allah?
Sebenarnya apabila kita kenal akan Diri kita
yang sebenar Diri, dengan sendirinya Diri Sebenar Diri yang yang asal nya dari
pancaran cahaya Roh akan kenal kembali kepada Tuhan nya, bukankah dari sana ia
berasal? Dan untuk pengetahuan “Hanya yang ghaib sahaja dapat kenal yang
ghaib.Oleh itu telah jelas bahawa kita harus kenal sekenal kenalnya akan Diri
kita sebenar Diri yang menjadi nyawa kepada kita kerana dialah yang
menghidupkan kita dan bila telah kita kenal akan “Dia” dengan sendirinya “Dia”
akan kenal Allah. (Insyaallah). Bila telah kenal Diri dengan sendirinya
Diri akan dapat berhubung langsung dengan Tuhan dan cara nya tersendiri. Jadi
dialah medium yang akan berhubung dengan Allah dan memohon untuk kita dan
kebaikan kita, kerana dia lah yang sebenar kita, Cuma apa yang Diri perlukan
ialah penyerahan segala segala kepada nya, serahkan pemikiran, pemandangan,
pendengaran, percakapan dan segalanya kepada nya (Diri)……….Sebenarnya apabila kita
telah mengenal akan Diri kita sendiri atau lebih tepat kita telah dapat
merasakan pancaran Diri yang tembus keluar dari jari jari kita dan mendapat
pergerakan pergerakan yang bergerak dengan sendirinya pula, dan dengan itu
dapat pula kembali berhubung dengan Maha penciptanya, untuk kita menyakinkan
kita bahawa hijab telah terbuka,Kita juga di syorkan oleh Bapak Baginda Muchtar
untuk melakukan percubaan percubaan bagi membuktikan sendiri bahawa Diri
sebenar Diri telah telah di lahirkan atau hijap telah terbuka.Percubaan
percubaan yang di maksudkan di sini ialah saperti perubatan, dimana kita
menolong orang orang yang memerlukan. Pengalaman pengalaman saya dalam
perubatan ini banyak saya dapati semasa diperingkal awal saya beramal dengan
ilmu ini.Berbagai bagai percubaan dalam membantu orang telah saya lalui,
termasuk mengubat mereka mereka yang menghadapi masaalah penyakit jasmani dan
juga penyakit misteri, bagaimana saya melakukannya? sedangkan saya tidak pernah
belajar apa apa ilmu berkaitan dengan ilmu membaikkan atau memulihkan orang
sakit secara kebatinan, atau cara cara pembomohan atau pawang? Bagaimana cara
yang saya lakukan….
CARA YANG SAYA LAKUKAN
Tanpa ayat ayat atau jampi serapah yang perlu
di baca atau yang perlu di hafal, tanpa kaedah kaedah tertentu yang perlu di
lakukan…..Cuma apa yang saya lakukan ialah menyerah segala segalanya (kerja
pengubatan tersebut) kepada Diri Sebenar Diri yang berada di dalam jasad saya
yang telah saya kenal itu, kerana ia yang mempunyai ilmu segala ilmu kerana datangnya
dari Allah yang Maha Besar dan Maha Kaya. Alhamdulillah banyak kejayaan yang
telah saya dapati dalam membaikkan pesakit pesakit saya, dengan keyakinan
kepada Allah yang tidak berbagi bagi atau ada keraguan, kita akan dapati hasil
nya sangat sangat memuaskan. Insyaallah.Cara yang saya lakukan ada lah amat
mudah dan saya turunkan caranya di bawah ini:Anda akan diajarkan setelah
menerima IjazahApa yang berlaku ialah bila kita berniat dan mula rasa yang
terasa di jari jari dan juga tangan mula bergerak, sebenarnya Diri Sebenar Diri
lah yang memohon kepada Allah untuk mengubat pesakit kita tadi. (Jadi faham lah
di sini bahawa Diri yang memohon terus kepada Allah)Jadi, rasa itu letaknya
segala rahsianya, bukan di kepala, bukan di otak, bukan difikiran, dirasa, rasa
rahsia, ertinya dirasa itu terlekat rahsianya.Saya telah melakukannya dan saya
lakukan cara yang sama untuk semua masaalah atau apa juga penyakit sesaorang
itu. Alhamdulillah walau pun bukan semua penyakit dapat di ubati tetapi
kebanyakan nya memberi hasil yang baik.Apa yang saya paparkan ialah cara saya
lakukan, mungkin lain ahli lain pula kaedah yang di lakukan.Ada juga yang
membuat percubaan percubaan dengan cara bersilat, niat sahaja dalam hati apa
jenis silat yang kita hendak bawakan, apa yang terjadi ialah kita akan dapati
satu pergerakan pergerakan silat yang bergerak dengan sendirinya dan kita sedar
akan apa yang berlaku, apa yang perlu kita lakukan ialah berniat apa jeniis
silat yang kita inginkan, ia bergerak dengan gerak dan langkah silat dengan
sendiri , apa yang perlu kita lakukan hanyalah serah segala segalanya pada nya
(dalam membawakan gerak dan langkah silat tersebut – dan yang paling penting
kita dalam keadaan sedar dan tahu apa yang kita lakukan)......“dia” tahu (diri
sebenar diri) kerana datangnya dari yang maha tahu….Seperkara yang perlu kita
ingat bahawa sesungguhnya Ilmu kita punyai hanyalah Mengenal Diri sebenar Diri,
dan Segala Ilmu Ada Pada Diri Sebenar Diri.Walau apa pun, perubatan dan
persilatan ini bukanlah matlamat atau hala tuju ilmu BBM ini tapi ia nya lebih
tinggi dari itu yaitu “Mengenal Diri Mengenal Allah, untuk Mendapatkan
Keredhaannya”
BAGAIMANA CARA BERAMAL.(juga kami panggil
bergerak)Pada asasnya amalan yang kita lakukan ialah dengan menyerahkan segala
gala nya kepada Diri sebenar Diri melakukannya, apa yang dilakukan olehnya
ialah berhubung terus dengan Allah dengan cara nya sendiri kerana ia telah
bebas dari kongkongan jasad kasar tadi. Dimasa yang sama dia lah yang memohon
akan apa juga permohonan atau kehendak kita.Amalan boleh di lakukan pada bila
bila masa yang kita rasa sesuai dan selesa atau masa kelapangan tidak ada hari
hari atau masa masa tertentu dan tidak ada dalam jumlah jumlah tertentu sama
ada masa beramal atau zikir.
AMALAN ASAS :Walaupun tidak ditetapkan bila
dan sekerap mana, lakukanlah sekerap yang boleh dan sebaik baiknya jadikanlah
ianya sebagai amalan harian:Amalan Amalannya:
1. Memohon Ampun• Tenangkan fikiran.• Anda
akan diajarkan selepas menerima Ijazah • apa yang berlaku ialah Diri itu
yang menghubungi Allah dan meminta ampun (Bukan kah Diri itu yang sebenar
Diri?)
2. Memohon Bersih• Sama saperti di atas Cuma
bezanya niat, dimana kita niatkan untuk membersihkan Diri maksudnya insyaallah
akan di bersihkan nya kita dari sifat sifat Amarah, lawamah dan insyaallah
Mutmainnah yang di cari.
3. Memohon Redha• Sama saperti di atas Cuma
bezanya niat, dimana kita niatkan untuk mendapatkan Keredhaan Allah semata
mata.
4.Memohon Dekat• Sama saperti di atas Cuma
bezanya niat, dimana kita niatkan untuk dekat dengan nya
5.Memohon Selesai• Maksud nya “selesai” ini
ialah menyelesaikan masaalah Diri sama ada sakit atau lain lain masaalah. Diri
tahu apa yang perlu dilakukan untuk kebaikan jasad nya, jadi kita mohon untuk
kebaikan jasad kita dan juga penyelesai segala masaalah kita, insyaallah
Caranya sama saperti diatas juga Cuma kita
niatkan supaya dia menyelesaikan apa juga masaalah yang terdapat pada jasad
sama ada fizikal atau masaalah peribadi.Mustahak:Setiap kali mula memohon
sebaik baiknya mulakan dengan tangan di tengah tengah dada, dan setelah selesai
kerjanya, geraknya akan membawa tangan kembali di tengah tengah dada semula.(Ini
tertibnya)Cara yang sama juga digunakan apabila kita bergerak tanpa niat apa
apa atau saya panggil gerak kosong. (bergerak tanpa apa apa niat dan segala
galanya serah pada Diri Sebenar Diri) yang mana bila kita bergerak hanya
tumpukan kepada rasa yang terasa di hujung hujung jari kita kerana di situlah
rahsianya dan apa yang berlaku ialah……kita berlatih dan berlatih,….Juga dalam
gerak (mohon) untuk kembang Diri dan besar jiwa, Jadi padanya ada daya tarik
menarik yang luar biasa dan juga tenaga tenaga yang serba guna.Soalan yang
selalu di persoalkan saperti, Apa yang dapat di lakukan bila dah kenal Diri dan
Bagaimana hendak beramal? telah pun saya jawab saperti di atas dan soalan
seterusnya ialah Apa kelebihan ilmu mengenal Diri ini, jawabnya ringkas sahaja
ia itu insyaallah dapat berhubung terus kepada Tuhan Yang Maha Besar, kerana
Diri yang asalnya dari Aku(Roh) berasal dari Allah saperti firmannya “”Aku
Tiupkan Sebahagian Dari Roh Ku””Setelah dibukakan, diijazahkan dan mula beramal
dengan amalan asas saperti diatas, dengan berpegang kepada Diri, meletakkan
segala nya kepada Diri, apa juga yang kita lakukan lakukanlah berserta Diri.
Maksudnya rasa yang terasa itu tidak boleh hilang dan kalau boleh sentiasa ada
di hujung hujung jari jemari kita.Pada rasa itu lah letaknya segala rahsia,
rahsia Diri, rahsia pancaran dan aliran serta Ke”Akuan” ku.Dan amatlah
pentingnya untuk kita sentiasa dalam keadaan terasa akan rasa yang dihujung
jari jemari kita, Dan kalau boleh kita senantiasa ingat akan rasa yang terasa di
hujung jari jari kita itu…………………INI PENTING DALAM MEMBAWAKAN AMALAN BBM
INI.Saperti yang telah di terangkan bahawa Diri Sebenar Diri dapat berhubung
terus dengan Allah Yang Maha Besar , dan Diri Sebenar Diri ialah kita sebenar
kita, bukan jasad kasar ini yang Diri Sebenar Diri , untuk itu boleh lah kita
memohon apa apa juga keperluan kita di dunia ini dan Diri Sebenar Diri lah yang
menghubungi Allah Yang Maha Besar untuk menyampai apa juga kehendak kita dengan
cara terus.Diatas telah di terangkan akan cara kita beramal dan amalan amalan
asas yang perlu kita amalkan, dalam mendekatkan Diri kita dengan Allah yang
maha besar.Walau bagaimanapun sebagai manusia biasa yang hidup di dunia ini
tentunya punya banyak keinginan dan keperluan, disamping itu juga banyak
masaalah hidup yang di hadapi dan harus di selesaikan. Dengan mengenal Diri
sebenar Diri ini akan mengubah pandangan kita terhadap kehidupan, segala yang
mendatang dan segala masaalah yang di hadapi, kerana dengan mengenal “nya” akan
mengubah cara kita membawa kehidupan kita dan cara kita menghadapi dan
menyelesaikan segala permasaalahan dalam kehidupan kita..Untuk memohon
keperluan hidup dan juga untuk menyelesaikan segala masaalah kehidupan dan juga
masaalah kesihatan kita sendiri, cara yang sama saperti di atas juga di
gunakan.Ringkasnya apa juga permohonan atau bila kita ingin berdoa untuk apa
jua tujuan dan keperluan hidup kita caranya sama saperti yang di terangkan di
atas Cuma Niatnya sahaja yang berbeza, Niatnya ialah apa yang kita inginkan
atau Doa kita kepada Allah...Saya beri contoh di bawah ini:Katakan lah kita
ingin memohon untuk menambah rezeki, apa yang harus dilakukan ialah saperti di
bawah:• Tenangkan fikiran.• Anda akan diajarkan selepas menerima
IjazahKesimpulan nya dalam apa juga permohonan (Doa) atau apa jua yang kita
inginkan mohonlah dengan menggunakan Diri sebenar Diri yang telah kita kenal
itu kerana dia telah kenal kembali kepada Allah. Caranya telah di terang kan
dengan jelas di atas, Cuma niat apa keperluan (apa yang di hajatkan) dan lepas
itu serahkan kepada Diri sebenar diri berbuat. Yang perlu ialah kita serahkan
segala galanya kepada nya dan dia akan melakukannya dengan cara
nya..........InsyaallahSETELAH MENGENAL DIRI PANDAI PANDAI LAH KAMU BERMOHON
.(BERDOA)KEMUKAKANLAH DIRI SEBENAR DIRI DALAM APA JUA PERBUATAN KITA.( Rasa
yang terasa tidak boleh hilang )Dalam pengalaman penulis selama bertahun tahun,
(sejak tahun 1975) kaedah diatas memang telah membawa hasil yang sangat baik
dan berkesan sama ada di bidang perubatan atau lain lain masaalah kehidupan
kita, Cuma kita perlu matikan fikiran kita dan serahkan segala galanya kepada
Diri kita sebenar Diri, dan yang penting sekali bersikap bersabar,DIRI TERDIRI
DARI 4Jika kita perhatikan dengan betul betul, kita ini terdiri dari :1. Diri
yang ku lihat Ianya ialah jasad kasar atau tubuh kita ini yang kita dapat
lihat dan rasa2. Diri yang ku temuiRasa rasa yang terasa dihujung jari jemari
kita di panggil juga Diri yang ku kenal. ini ialah pancaran Diri yang terhasil
apabila pintu pintu telah terbuka , dan dengan itu terpancarnya cahaya Diri
atau pancaran Diri yang mengalir di dalam Diri sebenar Diri..3. Diri yang ku
kenalIanya di dalam jasad dan berupa saperti jasad,tapi ianya tidak nyata,
kalau jasad di panggil Jasmani Diri Sebenar Diri di panggil juga Rohani(
Rasanya ialah getaran getaran halus di dalam jasad dan juga kadang kadang seram
sejuk ) untuk mendapatkan ini, kita harus renung ke dalam.4.Diri yang ku
ketahuiAku atau Roh kitaMULA… kita lihat kepada jasad kasar kita ini…………………. Selepas
itu kita dapatkan rasa yang terasa di jari jari kita yang dinamakan pancaran
Diri telah tembus. …..kemudian kita akan kenal pula Diri sebenar Diri yang diam
di dalam jasad kita……..dan seterusnya kedalam lagi dan akan kita jumpa itu
AKU.Permulaan dalam membawakan ilmu ini, wajib lah kita dapat merasakan rasa
rasa yang terdapat di hujung jari jari tangan kanan dan kiri kita. Kemudian
gerakan gerakan tersendiri diluar kawalan kita.Apabila kita perlukan sesuatu
apa yang kita perlu lakukan ialah tumpukan akal fikiran kita kepada rasa yang
terasa di hujung jari jari kita.Dan kita teruskan beramal dengan latihan
latihan gerak saperti yang saya nyatakan di atas di mana amalan kita ialah
selalunya memohon keampunan dan keredhaan Allah yang maha besar. Dimana lama
kelamaan rasa yang kita rasa di hujung jari jari tangan kita akan berkembang
dan kita akan mula terasa rasa rasa di tapak tangan, lengan, muka, kepala dan
akhirnya kita akan terasa di seluruh tubuh jasad kita, atau di tiap liang roma
kita.Dan akhirnya bolehlah di katakan kita akan merasa yang terasa itu di
seluruh jasad kasar kita ini atau boleh lah di katakan ianya keluar pada tiap
tiap liang roma kita.Jika ini berlaku apa yang akan kita alami ialah satu rasa
di umbun umbun kita yang rasa nya amat susah untuk di ceritakan di sini tetapi
ianya begitu ketara sekali…….Seterusnya makin lama kita bergerak makin sedikit
atau makin pendek masa pergerakan kita, dan lama kelamaan (Insyaallah) yang
tinggal hanyalah rasa yang terasa yang terasa.BERBUAT DENGAN NYA(Memanafaatkan
nya)Apabila kita telah kenal Diri sebenar Diri kita yang di diam didalam jasad
kita ini apa yang harus atau yang wajib kita lakukan ialah kita haruslah serah
segala gala kepada nya.Apakah maksud serah segala gala nya kepada nya??Pertama
: Bila kita bermohon dan dalam pergerakkan kita haruslah serah segala gala
kepada nya. Ikuti gerak yang mendatang dari dalam itu dengan tanpa menggunakan
akal fikiran, Cuma ikut pergerakannya dan perbuatannya.(Nampak mudah tapi
perlukan latihan demi latihan, ini di lakukan dalam permohonan permohonan
kita.)Kedua : Ialah kalau munkin, kita haruslah sentiasa ada rasa yang terasa
itu dan kalau boleh kita sentiasa ingat kepada rasa (pancaran Diri) itu
sentiasa, ini bermakna kita sentiasa kemukakan “Dia” kerana dalam apa jua
keadaan kita sentiasa ada rasa yang terasa itu..Jadikanlah Mengucap Dua Kalimah
Syahadat itu sebagai pakaian kita, maksudnya kita mulakan setiap perkerjaan
kita dengan Mengucap Dua Kalimah Syahadat, mula membawa kereta, berjalan dan
sebagainya semuanya kita mulakan dengan Mengucap Dua Kalimah Syahadat.Dan kalau
mampu di dalam hati kita sentiasa Mengucap Dua Kalimah Syahadat bila
kelapangan, tidak kira dimana dan bila, teruskan amalan ini dan insyaallah kita
akan ingat Allah sentiasa. Maksud ingat di sini ialah ingat sebenar benar ingat
bukan sekadar sebutan.Saperti kata BBM “ingat saja, dia akan timbul (rasa dan
terasa) dan serah pada nya segala masaalah, keinginan serta kehendak kita,
Insyaallah akan berhasil kelak”.GERAK KEDALAMBBM berpesan ( Dalam buku beliau
Diri Yang Ku Kenal ) cari lah yang tergantung tidak bertali dan bertali tidak
tergantung dan temukanlah ini dan baru lah terhasil apa yang di hajati. Oleh
itu haruslah kita faham apa yang di maksudkan oleh BBM….yang membawa maana
temukan lah Diri sebenar Diri dengan pancaran Diri, maksudnya rasa yang terasa
itu hendaklah di rasakan di dalam jasad dan juga di jari jemari kita.Kita
lakukan ini apabila kita betul betul telah memahami gerak dan pergerakan Diri
itu maksudnya tahu membawanya dan pandai pula kita mengikut geraknya, kita
haruslah pula mendapatkan gerak Diri ( getaran getaran Diri ) di dalam jasad.
Bagaimana caranya??Renung kedalam:Dalam pergerakan ini tidak ada permohonan apa
apa Cuma tumpukan segala ingatan dan pemikiran kita kedalam jasad kita ini
sehingga:Pertama : Kita akan merasakan getaran getaran di jari jemari kita
danKedua : Akan timbul rasa getaran getaran halus di dalam jasad kita dan ini
ialah getaran Diri sebenar Diri. Jadi kedua dua getaran dan rasa yang terasa
ini di satukan dalam satu gerak automatic dan selepas tangan mula bergerak
tumpukanlah segala pemikiran kita kepada rasa yang terasa di jari jemari
kita.Dengan ini kita telah dapat merasakan pancaran Diri sebenar Diri dan juga
rasa Diri sebenar Diri yang rupanya sama saperti kita dan diamnya di dalam
jasad disamping pembawaannya gerak yang automatik (Tersendiri)Munkin latihan
ini harus di lakukan berulang ulang hingga mendapat rasa yang terasa saperti
yang di nyatakan di atas…..Insyaallah.KEFAHAMAN PANCARAN, DIRI DAN
AKU..............PERBANDINGAN NYA SAPERTI BERIKUT, IBARAT LAMPU SULUH, CAHAYA
LAMPU SULUH ITU IALAH PANCARAN DIRI…………………..LAMPU SULUH ITU IALAH DIRI SEBENAR
DIRI…………………..DAN BATERI LAMPU SULUH ITU IALAH “AKU”MEMBAWA BAHAGIA DUNIA DAN
AKHIRATSemua huraian, cara serta kaedah kaedah penggunaan Ilmu atau pengetahuan
yang di asaskan oleh Bapak Baginda Muchtar ini insyaallah dapat di manafaatkan
untuk dunia dan juga akhirat. telah di terangkan di atas dengan terperinci cara
penggunaannya dan dapatlah di simpulkan di ini dalam apa jua tujuan kita dan
apa juga kehendak atau keperluan kita, yang penting dan perlu di lakukan ialah
penyerahan……serahkan segala galanya kepada Diri sebenar Diri yang telah di
lahirkan itu dan insyaallah segala yang dilakukan (Geraknya) adalah untuk
kebaikkan jasadnya, dan beliau ( BBM ) selalu mengingatkan kita supaya tidak
menyulitkan Ilmu pengetahuan ini, dan pesanan nya “ Tumpu pada rasa yang terasa
dan ikut Gerak “Dalam kita menjalankan kehidupan di dunia ini dan kita bawakan
GERAK DAN RASA sebagai amalan kita dalam permohonan keduniaan, jangan pula kita
lupa, apabila kelapangan di malam hari lakukanlah permohonan Minta Ampun, Minta
Redha dan Minta Bersih…Bersihkan lah kita dari Sifat Sifat yang Buruk saperti
Sombong, Bongkak , Rasa Hebat dan lain lain sifat yang di keji.Andaikan lah
kita menghadapi masaalah kehidupan dan lain lain lagi tentunya kita akan
gunakan ilmu yang telah kita miliki ini, dan bila kita bergerak (memohan kepada
Allah) tentunya kita akan memohon dengan penuh harapan, dan di sini lah satu
latihan pengharapan kepada Allah yang kita lalui.Kalau kita amati betul betul,
latihan pengharapan ini juga kita lalui apabila kita menolong orang, saperti
mengubat orang sakit, semasa kita bergerak tentunya pengharapan kita kepada penyembuhan
kepada orang yang kita rawat itu amat tinggi, dan Allah sangat suka kepada
orang orang yang hanya mengharap kepada “Dia”.Pengharapan ini lah yang kita
lakukan pada tiap tiap permohonan atau masa kita bergerak, dengan penyerahan
yang sungguh sungguh kepada Diri sebenar Diri dimana dia yang berbuat untuk
keperluan kita dan dengan bertawakal yang tinggi kepada Allah yang maha besar
insyaallah dimakbulkannya apa juga keperluan dan keinginan kita.Telah di
terangkan di atas bagaimana caranya kita bergerak atau memohon kepada Allah dan
penyerahan kepada Diri dimana Dia yang berbuat atau memohon kepada Allah,
Permohonan permohonan saperti….Minta Ampun…Keredhaan…..Selesai dan termasuk
juga cara mengubati orang sakit dan Diri sendiri…Kita beri contoh lagi untuk
mudah di fahami cara cara membawa ilmu ini selain cara permohonan yang di
terangkan di atas:Katakanlah kita ada masaalah dan kita fikir akan masaalah
kita itu, kita fikir atau kita bercakap kepada Diri kita sendiri (berkata dalam
hati) “Macam mana aku nak selesaikan ……………….………………(masaalah sdr..) aku dah tak
tahu nak buat apa dah ni”..kita tenang kan Diri dan fikiran, dan kita akan rasa
satu rasa yang timbul di jari jari kita dan ianya mula bergerak, apa yang perlu
di lakukan hanyalah serahkan kepada yang timbul itu serta tumpukan perhatian
kita kepada rasa yang terasa itu, dan insyaallah dia (Diri sebenar Diri) akan
menyelesaikan segala masaalah yang kita fikirkan tadi .Apa yang berlaku dan apa
yang harus kita lakukan adalah mengikuti nya dan membawakannya, tak ubah
seperti perjalanan Nabi Musa dengan Nabi Khaidir yang di riwayatnya dari Surah
Al Kahfi Juz ke 15 ayat 60- 74 Nabi Musa hanya disuruh Tuhan belajar ilmu
pengetahuan daripada Nabi Khaidir dengan syarat pertama sabar dan kedua hanya
mengikut berjalan dengan apa yang telah di perbuat tanpa banyak soal tentang
apa yang di lakukan oleh Nabi Khaidir .Kita juga harus mengikuti akan gerak dan
kerjanya tanpa banyak soal dengan menggunakan akal fikiran kita, atau kata lain
serahkan sahaja kepada nya tanpa menggunakan akal fikiran kita, dan yang perlu
hanyalah tumpukan fikiran kepada rasa yang terasa itu kerana di situ lah
letaknya segala rahsia.PERMOHONAN TAMBAHAN UNTUK DI JADIKAN AMALAN KITASelain
dari permohonan asas saperti diatas dan juga permohonan permohonan (Doa) lain
lain mengikut keperluan kita ada juga permohonan atau di panggil gerak yang
mana akan insyaallah mempertingkatkan lagi tahap amalan dan kehidupan harian
kita serta kefahaman tentang ilmu ini.Anda akan diajar setelah di IjazahkanPENGALAMAN
PENGALAMANDalam membawakan ilmu ini ramai pengamal pengamal yang mengalami
peristiwa peristiwa pelik dan ganjil dan ini memang perkara biasa dalam ilmu
ini. Tujuan di paparkan disini semata mata untuk di ambil iktibar, menjadi
pengajaran dan pengalaman yang berguna kepada ahli ahli yang lain sekiranya
berlaku keadaan yang sama.1. Ramai yang melihat cahaya di tapak tangan dan juga
di hujung jari jari mereka.2. Gerak Sembahyang.3. Melihat Diri Sebenar Diri
keluar dari jasadnya, dan biasanya ia keluar dari sebelah kanan dan duduk depan
kita dan bila ia masuk kembali ke jasad ia akan memasuki jasadnya dari sebelah
kiri.4. Merasai pengalaman terawang awang di udara,5. Melihat cahaya biru di
tempat sujud di sejadah.SEJARAH BAPAK DR. BAGINDO MUCHTARMuchtar bin Uddin atau
lebih dikenali sebagai Bapak Dr. Bagindo Muchtar, Ph.D. adalah pengasas
(founder) Ilmu Mengenal Diri. Rujukan utama kepada pengetahuan Mengenal Diri
yang beliau pelopori terkandung di dalam buku beliau yang bertajuk 'Diriku Yang
Kukenal.' Buku ini adalah tesis yang melayakkan beliau untuk dianugerahkan
ijazah kedoktoran (PhD) oleh St. Olav Academy, Perancis.Bapak Dr. Bagindo
Muchtar dilahirkan pada tahun 1916 di Pariaman, Padang, Sumatra. Ayahnya
seorang dukun yang terkenal di daerah Pariaman dan seperti lain-lain dukun
tradisional Melayu, beliau menggunakan serapah jampi dan mantera dalam upacara
pengubatannya. Dalam tesisnya Bapak Dr Bagindo Muchtar merakamkan bahawa beliau
pernah dijadikan anak angkat "oleh seseorang yang kemasukan untuk mendapat
benda atau untuk keperluan sesuatu". Nyatalah bahawa sejak zaman
kanak-kanak lagi beliau sudah terdedah kepada suasana mistik dan kebatinan,
justeru tidak menghairankan juga jikalau Bapak Dr Bagindo Muchtar ikut tertarik
kepada hal-hal kebatinan.Bapak Dr. Bagindo Muchtar menjadi seorang anak yatim
sejak kecil lagi. Beliau mempunyai bapa tiri (apabila ibunya menikah lagi) yang
menurut beliau sendiri "boleh dikatakan sayang tidak, benci pun
tidak". Ibunya bagaimanapun sangat menyayangi beliau, kerana beliaulah
anak lelaki yang sulung dan kepadanya terletak harapan di hari-hari tuanya.
Bapak Dr Bagindo Muchtar mempunyai seorang adik kandung lelaki dan seorang adik
perempuan dari lain bapa. Pada ketika iktisar ini ditulis, adik perempuannya
tinggal di luar kota Jakarta. Sungguhpun demikian, ibunya yang dikasihi telah
pulang ke Rahmatullah sebelum sempat beliau memenuhi segala harapan dan
cita-citanya.Pada tahun 1935, iaitu ketika berusia 19 tahun dan baru tamat
sekolah Belanda (IH), beliau telah merantau keluar dari daerah Padang.
Destinasi pertamanya ialah Jambi dan di sana beliau bekerja sebagai kerani di
sebuah syarikat minyak. Peningkatan dalam bidang pekerjaannya sangat mendadak
sehingga dalam tempoh yang singkat ditukar ke bahagian carigali minyak di tengah
hutan belantara Jambi. Sungguhpun begitu, kiriman wang kepada ibunya saban
bulan tidak pernah putus.Pada tahun 1938 beliau diijabkabulkan dengan anak
pamannya (bapa saudaranya) yang bernama Nurmali Syamsudin dan mereka
dikurniakan tiga orang anak yang kesemuanya perempuan; yang sulung Hajjah Elly
Salam Ghani, Hajjah Mulyati Djonhar yang tengah dan Suryati Muchtar yang
\bongsu.Dari Jambi Bapak Dr. Bagindo Muchtar dan keluarganya berpindah ke
Palembang dan bekerja dengan Bata Shell Petrolium Maskapai (BPM). Setelah
kira-kira 20 tahun bekerja di Palembang, satu peristiwa aneh telah berlaku ke
atas dirinya; ada suara menyuruh beliau berhenti kerja. Suara itu
berturut-turut datangnya hingga ke beberapa hari, lantas menimbulkan tanda
tanya, apa maksud kesemua ini?Kejadian aneh itu direnung, ditenung dan
ditimbang, sehingga beliau memutuskan untuk berhenti kerja. Kali pertama beliau
menemui majikannya untuk minta berhenti kerja, permohonannya ditolak begitu
sahaja dengan alasan bahawa tenaganya masih diperlukan. Dicuba lagi kali kedua,
namum ditolak juga dengan alasan yang sama. Sampai satu ketika beliau
memperolehi akal untuk mendapatkan surat doctor bagi ‘mengesahkan’ bahawa
beliau sakit dan tidak boleh berkerja lagi. Dengan surat pengesahan itu,
permohonan beliau untuk berhenti kerja diterima dan diberi pula ganjaran
(gratuity) yang agak lumayan oleh majikannya. Dengan wang ganjaran berkenaan
beliau bersama keluarganya pindah ke Jakarta dengan tujuan untuk membeli sebuah
rumah dan dengan wang selebihnya pula beliau mahu berdagang. Beliau mendapati
bahawa kota Jakarta tidak sesuai baginya, lalu terus ke Bogor. Bogor memikat
hatinya, apa lagi dengan suasananya yang aman, udaranya yang nyaman dan
tenteram pula. Cita-cita membeli sebuah rumah untuk keluarganya tercapai di
Bogor. Meskipun baki wang ganjaran itu tidak banyak, beliau masih boleh jadikan
wang untuk berdagang.Kehendak dari kita, namun ketentuan hanya dari Tuhan. Di
Bogor beliau menghadapi cubaan yang sangat berat, iaitu apabila isterinya (Ibu
Nurmila Syamsudin) jatuh sakit dan kemudian meninggal dunia “akibat dari buatan
ahli keluarga isterinya sendiri dengan dibantu oleh seorang dukun; katanya
mengubat akan tetapi kenyataanya tambah memperdalamkan penyakitnya”. Isteri
dikasihi dan dicintainya, yang banyak tahu dan mengerti padanya, dan yang telah
bergaul sebagai suami isteri kira-kira 17 tahun, dengan suka duka mereka lalui
bersama, meninggal pada hari Isnin 27 Februari 1955. Dicatatkan oleh Bapak Dr.
Bagindo Muchtar bahawa sebenarnya rencana dari pihak ahli isterinya itu adalah
terhadap badan dirinya dengan tujuan untuk dapat menguasai apa yang ada
padanya. Mereka mengsyaki beliau memiliki banyak harta simpanan seperti emas
dan sebagainya. Namun begitulah, beliau sendiri yang dituju, isteri tercinta
pula yang jadi mangsa tak berdosa.Setelah isterinya meninggal, timbul pula
tuduhan terhadap dirinya bahawa beliau adalah punca isterinya jatuh sakit dan
meninggal dunia. Malah diperkatakan pula bahawa beliau sendiri membunuh
isterinya. Keterangan-keterangan daripadanya tidak diendahkan oleh masyarakat
sekeliling, bahkan adik kandungnya sendiri tidak memihak kepadanya. Dalam
thesis Bapak Dr. Bagindo Muchtar mencatatkan “… kerana telah terlebih dulu
dikuasai dan dipengaruhi oleh pihak dukun dan ahli keluarga isterinya.” Tambah
Bapak lagi “… beliau dihukum tanpa diadili, tidak bersalah dikatakan bersalah,
kemerdekaan dirampas dan harta-benda yang tak seberapa dikuasai pula.”Tubuhnya
pada waktu itu sangat letih dan lemah kerana menghadapi peristiwa yang berlaku
terhadap badan dirinya dan isterinya; berjaga-jaga siang dan malam, menangkis
segala macam serangan yang datang. Dikala itu beliau berasa seolah-olah ada
yang mendampinginya, iaitu yang ghaib melindunginya untuk bisa bertahan bagi
menghindar hal-hal yang tidak baik terhadap badan dirinya. Malah dikala itu
juga, beliau berasa hubungannya dengan Tuhan sungguh dekat, kerana ingatan
serta pasrah semata-mata kepada-Nya. Pada waktu itu beliau hanya bertekad mahu
menuntut keadilan. Namun keadilan itu tidak mungkin diperolehi dari masyarakat.
Beliau tidak mengadu hal yang berlaku kepada pihak polis, kerana semua hal
tidak mempunyai bukti yang nyata. Justeru, beliau bertekad mencari Tuhan
semata-mata hendak menemui-Nya untuk memohon keadilan. Hanya itulah tujuannya
waktu itu; menemui Tuhan untuk minta diadili, memohon keadilan
semata-mata.Memohon keadilan, seperti yang sudah sekian lama dilakukannya;
berdoa kepada Tuhan semata-mata. Namun pada malam Jumaat itu, dia berasa
tangannya seperti dikuasai oleh sesuatu denyut rasa yang aneh lalu kedua-dua
belah tangannya bergerak, bergerak, bergerak dan bergerak Sesudah selesai
sembahyang maghrib pada satu malam Jumaat, beliau menadah tangan memohon
keadilan kepada Allah s.w.t. Itulah usahanya. Beliau tidak dapat menguasai
(control) pergerakan itu, lalu dituruti pergerakan tangannya, sambil melafazkan
“Lailaha il-Allah” dengan penuh kehairanan. Kejadian yang sama berulang-ulang
pada malam kedua dan ketiga, malah beliau mula bercakap sendirian ketika
‘bergerak’. Dan beliau menyedari bahawa tenaganya mulai pulih, kesihatannya
semakin baik dan fikirannya semakin mantap. Apabila beliau dapati surat-surat
penting seperti hakmilik rumah, barang-barang perhiasan, pakaian dan lain-lain
barang berharga sudah tiada di almari, beliau mulai bertindak. Dengan
perantaraan seorang sahabatnya, beliau minta disampaikan supaya kesemua
barang-barang miliknya dikembalikan dalam waktu yang singkat. Malah beliau
memberi amaran jikalau itu gagal dilakukan, beliau akan membawa persoalan ini
kepada pihak polis. Alhamdulillah. Pihak yang ‘memindahkan’ barang-barang
berkenaan dari orang-orang tertentu telah bertindak memulangkan, meskipun tidak
kesemuanya. Namun, perasaan tidak puas masih menyelubungi hatinya yang mahu
kepastian dari seseorang yang lebih tahu mengenai peristiwa yang telah beliau
hadapi; iaitu siapa yang benar dan siapa pula yang bersalah.Seorang jiran
menganjurkan supaya beliau menemui seorang ulama besar di Jawa Barat, yang
sering didatangi orang dan pembesar-pembesar, pun tidak ketinggalan alim ulama
dan konon khabarnya satu-satunya ahli falak yang terpandai dan ternama di
Indonesia. Beliau diberitahu oleh ulama berkenaan bahawa dalam perkara itu
memanglah beliau di pihak yang benar dan pihak yang melakukan kerja jahat
(dalam kes almarhum isterinya) adalah ahlinya sendiri.Sejak itu mulailah ada
ketenangan dalam hatinya, namun rasa ingin membuktikan kebenarannya tatap masih
terkesan dihatinya. Bersama anak-anaknya beliau pulang ke kampung halaman iaitu
di Pariaman, Padang. Namun puteri-puterinya yang masih kecil sering pula
bertanyakan mengenai ibu mereka. Bapak Dr. Bagindo Muchtar tidak sampai hati
mendengar pertanyaan-pertanyaan anak-anaknya yang masih kecil, lalu memutuskan
untuk menikah lagi iaitu dengan Ibu Hajjah Hasnah. Ibu Hasnah bagaimanapun
tidak mempunyai anak dengan Bapak Dr. Bagindo Muchtar.Sesudah sebulan bernikah,
Bapak Dr. Bagindo Muchtar mengambil keputusan untuk merantau bersama-sama
dengan Ibu Hajjah Hasnah dan ketiga-tiga orang puterinya. Kali ini mereka
sekeluarga pergi ke Jambi. Di Jambi, Bapak bekerja disebuah syarikat carigali
minyak. Seorang teman sejawatnya telah meminta pertolongan Bapak untuk mengubat
isterinya yang sakit sudah hampir dua tahun lamanya; sakitnya akibat perbuatan
jahat. Pada temannya itu dia melihat kembali peristiwa yang pernah dialaminya
sendiri. Beliau berasa sedih lalu memberi pertolongan kepada isteri temannya.
Sesudah satu bulan, dengan izin Allah, isteri temannya kembali pulih seperti
biasa. Beliau bagaimanapun menasihati temannya supaya meninggalkan Jambi,
kerana temannya punya banyak musuh di Jambi. Justeru menghindar adalah lebih
baik, Bapak sekeluarga dan temannya itu berpindah ke Medan. Di Medan temannya
tinggal di rumah keluarganya sendiri, sementara Bapak sekeluarga pula tinggal
di rumah keluarganya sendiri.Di Medan, nama beliau mulai disebut-sebut orang,
khususnya dalam bidang tolong-menolong, sosial atau di bidang perubatan. Tidak
berapa lama di Medan, peristiwa ghaib yang beliau alami semasa di Bogor sewaktu
isterinya baru meninggal dialami kembali. Beliau mulai bercakap-cakap
bersendirian dan tidak mahu makan, malah minum kopi hanya seteguk sahaja. Apa
yang diperlakukan orang terhadap badan dirinya diceritakan kesemuanya, sampai
keluarganya di Medan menganggap beliau sudah tidak siuman lagi. Namun,
kejadian-kejadian pelik itu juga menyebabkan beliau mula dikenal oleh
bomoh-bomoh, pawang-pawang, orang-orang kebatinan dan sebagainya. Tidak kurang
juga ada yang mencuba atau menguji dengan ilmu atau kepandaian masing-masing.
Tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, cubaan, ujian atau dugaan mereka tidak
menjejaskan, malah ‘tenaga ghaib’ anugerah Allah itu dapat diketahuinya dengan
lebih mendalam. Namanya terus jadi sebutan masyarakat sekeliling, malah mereka
tidak lagi mendatangi bomoh atau pawang di daerah itu. Sebaliknya mereka datang
kepada beliau. Hal ini tentulah menimbulkan rasa tidak senang dan iri hati
bomoh dan pawang di daerah itu terhadapnya. dari aku cebisan diri detik
ini 12:38:00 AM Bapak Dr. Bagindo Muchtar bagaimanapun tidak duduk di rumah
sahaja, tetapi mengembara dari satu daerah ke satu daerah di seluruh pulau
Sumatera; ke Palembang, Siantar, Tebing Tinggi, Pelabuhan Miri, malah ke
seluruh daerah atau jajahannya. Apabila kembali ke Medan, beliau melapangkan
masa menemui orang-orang yang datang meminta tolong, sementara pada malam
harinya pula dikhaskan untuk membimbing, memberi kuliah, berjalan bersama-sama
dengan murid-muridnya. Sejak itu beliau dikenali di Medan sebagai ahli sarjana
atau ahli ilmu tasawuf.Setelah dua tahun di Medan beliau sekeluarga berpindah
ke Padang. Kira-kira dua bulan di Padang, beliau pindah pula ke Palembang.
Disana beliau terus mengajar dan memberi pimpinan kepada orang-orang yang
berminat dengan ilmunya. Di sinilah (kira-kira tahun 1958) beliau mula menulis/mengarang
bukunya ‘Diriku Yang Kukenal.’ (Penulisan buku ini tamat kira-kira 10 atau 11
tahun kemudian dan dikemukakan ke St. Olav’s Academy, Perancis, sebagai tesis
untuk melayakkannya memperolehi ijazah ‘Doctor of Philosophy’ yang diterimanya
pada hari sabtu 12 Jun 1971)Beliau masuk ke Singapura pada tahun 1960 dengan
perantara Nasir Adnin dan pada kali keduanya ke Singapura beliau bersama Nasir
masuk ke Malaysia (Tanah Melayu) melalui Johor Bahru dan kemudian terus ke
Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain. Apabila berlaku konfrantasi
Malaysia-Indonesia pada tahun 1963, beliau yang ketika itu berada di Malaysia
terpaksa balik ke Indonesia bersama Nasir melalui jalan darat dari Sabak Bernam
ke Kelantan, Golok, Narathiwat dan terus ke Bangkok. Dari Bangkok mereka
menaiki kapal membawa beras ke Jakarta.Apabila konfrantasi berakhir pada tahun
1966, beliau bersama Nasir datang semula ke Singapura dan Malaysia. Sejak itu
Bapak semakin kerap datang ke kedua-dua negara berkenaan secara bersendirian.
Namun, pada pertengahan 1971, beliau dilarang masuk ke Singapura. Beberapa
orang ‘anak didik’ Bapak Dr. Bagindo Muchtar sendiri dikatakan telah membuat
laporan yang menyebabkan pihak Imigresen mengambil ketetapan untuk melarang
kemasukan beliau ke negara berkenaan.Pada tahun 1972, beliau sekeluarga pindah
ke Jakarta dan sering berulang-alik ke Malaysia, apatahlagi semasa suami kepada
anak yang sulung, Haji Salam Ghani berkhidmat di Kedutaan Indonesia di Kuala
Lumpur. Pada tahun 1973, iaitu ketika dalam siri lawatan ke Malaysia dan
sewaktu mahu berangkat pulang ke Jakarta, beliau mengalami muntah darah.
Keberangkatan pulang dibatalkan dan beliau dimasukkan ke Hospital Besar Kuala
Lumpur oleh anak dan menantunya Haji Salam Ghani. Beliau kemudian dipindahkan
dari rumah Hospital Besar Kuala Lumpur ke Hospital Lady Templer, Cheras. Beliau
tinggal di hospital berkenaan selama dua bulan. Walaupun dibenarkan pulang ke
Indonesia, beliau sering datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil ubat dan
menemui orang-orang kepercayaannya iaitu Haji Kamarudin Amin, Haji Jamil Samad,
Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim.Pada tahun 1975, beliau ke Malaysia dalam
rencana lawatan selama dua bulan. Namun baru sebulan sahaja berada di Malaysia,
beliau mengambil keputusan untuk kembali ke Jakarta. Sekembalinya dari lawatan
itu, beliau jatuh sakit, tetapi masih berhasrat untuk ke Malaysia semula. Pada
malam hari raya Aidilfitri beliau mulai payah bernafas dan pada keesokkan
harinya dimasukkan ke rumah sakit. Beliau ditempatkan di wad jantung selama dua
hari. Pada hari Jumaat 10 Oktober (jam 04.00 pagi waktu Jakarta), dihadapan
isteri keduanya Ibu Hajjah Hasnah, ketiga-tiga puterinya, menantunya Haji Abdul
Salam Ghani dan seorang anak didiknya bernama Ibu Yasmimar Alwi, Bapak Dr.
Bagindo Muchtar pulang ke Rahmatullah.Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim
Lunas, Kedah.Biodata ini dipetik dari Koleksi Kuliah Edisi 2003 Pulau Pinang
oleh Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim (Allahyarham)Saya menerima nya di
Jelutung, Pulau Pinang.HASIL PENA......... OSMAN HADI


