وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَىٰ
بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ كَانَ يَئُوسًا ﴿٨٣﴾قُلْ
كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ
سَبِيلًا ﴿٨٤﴾ وَيَسْأَلُونَكَ
عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم
مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا ﴿٨٥﴾ وَلَئِن
شِئْنَا لَنَذْهَبَنَّ بِالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ بِهِ
عَلَيْنَا وَكِيلًا﴿٨٦﴾ إِلَّا رَحْمَةً
مِّن رَّبِّكَ إِنَّ فَضْلَهُ كَانَ عَلَيْكَ كَبِيرًا ﴿٨٧﴾
Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada
manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri; dan apabila ia merasai
kesusahan, jadilah ia berputus asa. Katakanlah (wahai Muhammad):
"Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan
kamu lebih mengetahui siapakah yang lebih betul jalannya". Dan
mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan
Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit". Dan
sesungguhnya jika Kami kehendaki, niscaya Kami lenyapkan apa yang telah Kami
wahyukan kepadamu, dan dengan pelenyapan itu, kamu tidak akan mendapatkan
seorang pembelapun terhadap Kami, kecuali karena rahmat dari Tuhanmu.
Sesungguhnya karunia-Nya atasmu adalah besar. [Al-lsraa’ 17:83-87]
maka jadilah dia dekat (pada Muhammad
sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi). [53:9]
AL-ULUHIYAH - KETUHANAN
Al-Uluhiyah - Ketuhanan, dalam pengertian umum, yang merangkumi
kesempurnaan di mana penciptaan bergantung atau beralih
kepadaNya supaya mereka boleh mencapai kesempurnaan mereka dan untuk mengatasi
kekurangan mereka. Dan ia seperti Al-Rububiyah (Kekuasaan) diibaratkan bapa
sebagai ketua keluarga, dan juga merangkumi Khalifah (Pengganti) Allah
di BumiNya diibaratkan Tuhan yang mentadbirkan bumi
MARTABAT
TAUHID HAKIKI
(Ringkasan)
LAHUT
1 Hakikat dan Al-Kunhu yakni HUWA
2 Zat Ketuhanan atau Kota Kesempurnaan
Ilahiyah yakni Allah.
JABARUT
3 Ketika Hajj
1.
Suradiq
3arsy ul-A3dzam (Muhammad)
2.
3arsy ul-A3dzam (Al-Quran)
3.
Al-Kursiy
(Maqam Aali Muhammad)
ALAM
MALAKUT
7
Apabila Kamu Kembali
3ARSY
AL-3ADZIM (Tujuh Lelangit dan kebawah)
1.
Langit
Ketujuh (Langit 3aqal)
2.
Langit
Keenam
3.
Langit
Kelima
4.
Langit
Keempat
5.
Langit
Ketiga
6.
Langit
Kedua
7.
Langit
Pertama:(Langit Dunia dan Akhirah)
ALAM
MALAK
Alam Jasmani
================================================================
================================================================
MARTABAT
TAUHID HAKIKI
(Huraian)
LAHUT
1 Hakikat dan Al-Kunhu yakni HUWA (Fi
Al-Haqiqah)
2 Zat Ketuhanan atau Kota Kesempurnaan
Ilahiyah yakni Allah (Fi Al-Khalq).
Apabila DIA
SWT menciptakan Penciptaan. Ianya (penciptaan) menghadapi Nama-nama
dan Sifat-sifat, dan ini adalah Kota Kesempurnaan Ilahiyah, atau Zat,
atau Allah. Dan nama-nama ini bebas dari tajalli dan Kemunculan Hakikat
bagi Penciptaan, ia bukan Hakikat, sebaliknya, ia adalah tabir (hijab)
pada Hakikat. Kerana Hakikat adalah: Nama Teragung Lagi Teragung Lagi
Maha Teragung, dan nama ini hampir dengan Nama Yang Maha Agung (Al-Ism
Al-A’dzam) seperti dekatnya mata hitam dan mata putih, seperti yang telah
diriwayatkan dari Imam (as) di dalam Hadits.
Dan nama (Allah) ini, adalah nama yang menghimpunkan
semua Sifat-sifat Kesempurnaan, oleh itu bertawajjuh (menghadap) kepadaNya
adalah tawajjuh kepada semua Sifat-sifat atau Nama-nama Kesempurnaan.
Dan tawajjuh ini tidak bebas dari syirik dalam martabat tertentu;
kerana, Tauhid yang penuh ikhlas adalah MENAFIKAN Nama-nama dan
Sifat-sifat, seperti apa yang dikatakan oleh Amirul Mukminin (as):
(“...permulaan agama adalah mengenal-Nya
(makrifatuh), dan kesempurnaan mengenal-Nya adalah dengan membuat
pengakuan kepada-Nya, dan kesempurnaan pengakuan kepada-Nya adalah
dengan mentauhidkanNya, dan kesempurnaan Tauhid kepada-Nya adalah
dengan ikhlas kepada-Nya, dan kesempurnaan ikhlas kepada-Nya
adalah menafikan semua sifat-sifat daripada-Nya kepada syahadah
(menyaksikan) semua sifat adalah berbeza dari yang disifatkan.")
Jadi, nama (Allah) ini yang menghimpunkan semua Sifat-sifat Kesempurnaan,
dan yang dirujukkan kepada Zat, adalah hijab yang mesti (wajib)
bagi hamba berusaha untuk mengangkatnya (membukanya), dengan menampilkan
Sifat-sifat Kesempurnaan Ketuhanan (Ilahiyah), dan apabila dibukakan penutup
pada hamba itu agar dia boleh mengenal hakikat (Kebenaran). Dan mengenal
Kebenaran sepenuhnya adalah ketidak mampuan (ketidakupayaan) untuk mencapai
makrifah. Pada ganti nama (kata ganti ketiga) yang tidak hadir (ghaib) yang
menerangkan hakikat (Kebenaran) atau Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha
Teragung (Dia - Huwa-هو),
pada Huruf Haa' - هاء mengisbatkan (mengiyakan) Kewujudan, dan huruf Wau
– واو adalah untuk menerangkan
Zat-Nya, dan juga adalah hadir Saksi Yang Ghaib SWT. (Qul
Huwa_Allahu_Ahad)
JABARUT
3 Ketika Hajj
1.
Suradiq
3arsy ul-A3dzam (Muhammad)
2.
3arsy ul-A3dzam (Al-Quran)
3.
Al-Kursiy
(Maqam Aali Muhammad)
ALAM MALAKUT
7 Apabila Kamu Kembali
3ARSY AL-3ADZIM (Tujuh Lelangit dan
kebawah)
4.
Langit
Ketujuh (Langit 3aqal)
5.
Langit
Keenam
6.
Langit
Kelima
7.
Langit
Keempat
8.
Langit
Ketiga
9.
Langit
Kedua
10. Langit Pertama:(Langit Dunia dan Akhirah)
Adapun pada martabat (peringkat) selain daripada Zat Ilahiyah atau
Allah, bermakna pada martabat Al-Khalq (Penciptaan) dan Al-Tanzil
(Penurunan), bahawa martabat Tajalli atau maqam-maqam (kedudukan) ada sepuluh,
ia adalah: Suradiq Arasy Al-A3dzam (Lembayung Singgasana Teragung), dan Arasy
Al-A3dzam (Singgasana Teragung), Kursiy (Takhta), Arasy Al-3adzim
(Singgasana Agung), ada tujuh martabat atau maqam, ia adalah: Tujuh
Lelangit (Langit-langit), turun dari yang Ketujuh ke Langit Pertama, atau
Langit Dunia.
Dan penciptaan
Allah yang terbaik Muhamamd (S), halaman kewujudannya meliputi, yang
bermula dari Siradiq (Lembayung) Arasy Al-A’dzam ke Langit Dunia.
Oleh itu,
Tajalli Marhalah (tahap) permulaan adalah: (nukhtah) Titik Pertama
(Barzakh) atau Suradiq (Lembayung) Arasy Al-A’dzam.
Kemudian
Tajalli Marhalah kedua, adalah bekas-bentuk “Nun” (نون - ن)
atau Arasy Al-A’dzam.
Kemudian
Tajalli Marhalah ketiga dan itu adalah bekas-bentuk "Baa" (باء - ب),
atau Kursiy.
Maka Tajalli
Marhalah keempat, adalah: (nukhtah) Titik Kedua dalam Penciptaan.
Dan semua
Marhalah (tahap) ini ada empat ia adalah Muhammad (S), kerana dia adalah
"Titik Nun" dan "Nun", dan baginda adalah "Baa’"
dan "Titik Baa'", atau “Qul Huwa” (قل هو),
dia ialah limpahan yang turun dari Al-Haq kepada Al-Khalq (Penciptaan).
Dan dia, adalah Muhamamd (S), dalam tiga Marhalah pertama, (Siradiq, Arasy,
Kursiy). Barzakh di antara Al-Haq dan Al-Khalq (Penciptaan), kerana dia beralun
(mengepak), apabila As-Sa’ah (Kiamat) berlaku tiada yang kekal melainkan Allah
Al-Wahid Al-Qahhar (Allah Yang Esa Lagi Perkasa ), dan apabila As-Sa’ah berlaku
(Kebangkitan) dia kembali semula kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian. Adapun
pada martabat Arasy Al-’Adzim, ia adalah tempat tinggal dalam Penciptaan, dan
dia adalah ‘Abd Allah (hamba Allah).
Perlu diambil
perhatian bahawa Titik pertama adalah Al-Quran, dan ia adalah hijab di
antara Muhammad (S) dan Allah [di antara keduanya adalah yang bersinar dan
beralun (mengepak)], dan apabila pembukaan berlaku (Ia kelihatan seperti
lubarng jarum)
Dia SWT
berfirman:
﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُبِيناً﴾
{Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu Pembukaan Yang
Nyata,} [Surah Al-Fath 48:1].
Hijab ini
telah diangkat kerana Nabi Muhammad (S) telah memenuhinya, maka di antara
Al-Quran dan Nabi Muhammad (S) menjadi satu ketika dia beralun (mengepak) di
antara fana' dan tidak kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Esa Lagi
Perkasa) dan di antara kembali kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian
kemanusiaan.
Maka, jika
kita mengetahui apa yang telah dibentangkan, ia akan menjelaskan kita bahawa
martabat Muhammad (S) adalah martabat Barzakh (pengantara) diantara Al-Haq Dan
Al-Khalq (Kebenaran dan Penciptaan) itu, dan menyebabkan meraka teragak-agak
iaitu ketika Nabi Ibrahim (as) dan para Malaikat melihat baginda (S) dan mereka
menyangka dia adalah Allah SWT, dan itu adalah kerana shurah (imej) baginda (S)
adalah menyerupai (menerangkan) Zat Al-Ilahiyah dan mendzahirkan Ketuhanan
Mutlak bagi Penciptaan yang mereka kenal (... dan kedatangan Engkau di Sa'ir,
dan penampilan Engkau di Gunung Faran...). Dan baginda (S) bersabda: ((الله خلق آدم على صورته) Allah mencipta Adam atas (imej) shurahNya).
Oleh itu Muhammad
(S) adalah Allah dalam Penciptaan, dan martabat Ahlul Bayt baginda (as),
adalah lebih rendah daripada martabat Ar-Rasul Al-A3dzam (S), kerana mereka
juga adalah wajah Allah danوأسماء الله الحسنى (Nama-nama
Terbaik Allah). Maka mereka mewakili Allah dalam Penciptaan, dan setiap
daripada mereka adalah yang beralih kepadaNya supaya mereka boleh mencapai
kesempurnaan mereka dan untuk mengatasi kekurangan mereka, bagi mereka adalah
darjat yang tinggi dari kesempurnaan Ilahiyah, tetapi masih terikat kepada
keperluan dan yang faqir di sisi Allah yang Maha Suci, Yang Maha Tinggi. Adapun
UluhiyahNya SWT, adalah Uluhiyah Mutlak, dan ia adalah Sempurna Mutlak dan Kaya
Mutlak, dan Kurnia dan LimpahNya yang tidak terikat kepada sesuatu melainkan
kehendak-Nya, Maha Suci, Yang Maha Tinggi (SWT).
Dan telah
disebut di dalam Al-Quran yang memberi makna bahawa: Dia, Yang Maha berfirman:
﴿فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ
الْخَالِقِينَ﴾
{Maka Terpujilah Allah, Sebaik-baik Pencipta.} [Surah
Al-Mu'minuun 23:14 ],
ini bermakna
terdapat pencipta-pencipta, dan Dia SWT adalah yang terbaik dan yang paling
unggul daripada mereka. Dan mereka adalah Muhammad dan Keluarga Muhammad (as).
Dan seperti dalam Dua ' (يارب
الأرباب وإله الآلهة........... Wahai Tuhan
(Penguasa) segala penguasa-penguasa, dan Wahai Tuhan segala tuan-tuan
(rabb-rabb......)
Dan ia juga
telah disebut: (..... الإله الأكبر.....) (..... Al-Ilah al-Akbar - Tuhan Yang
Maha Besar......) dan ini adalah dari doa-doa Rahsia, dan ia adalah
tiga puluh satu Doa untuk Keperluan Dunia dan Akhirah, ia adalah Musnad yang
Mutashil dan Sanad yang Shahih dan ia disebut dalam Al-Misbah Mutahajid, dan Misbah
Al-Kaf'ami, dan Al-Bihar, dan Al-Hurr Al-'Amiliy telah disebut dalam Al-Jawahir
Al-Sunniyah.
Dan disebut
dalam Hadith Qudsi ini pada keutamaan (kelebihan)nya:
(يا محمد، قل
للذين يريدون التقرب إلي إعلموا علم اليقين أن هذا الكلام أفضل ما أنتم متقربون به
إلي بعد الفرائض)
(Wahai
Muhammad, katakan kepada mereka yang ingin mendapatkan lebih dekat untuk
belajar ilmu Yaqin. Kerana kata-kata ini ini adalah yang terbaik untuk kamu
mendekatkan dengannya selepas ilmu yang wajib)
Dan tidak
diragukan lagi bahawa dengan menyebut [الإله الأكبر]
"Al-Ilaha al-Akbar" dalam Du’a Qudsi, kerana ia adalah dari Allah SWT
dan kerana ia adalah setaraf dengan al-Quran Al-Karim - Kesimpulan yang dapat
dibuat menunjukkan dengan pasti bagi mereka yang mahukan nash dengan apa yang
disampaikan, untuk membicarakan Allah SWT dengan "Al-Ilaha al-Akbar"
adalah menunjukkan atas penciptaan-Nya SWT menerangkan Sifat-sifat al-Lahut,
dan ia adalah kerana “al-Akbar” itu adalah sifat yang digunakan untuk
menunjukkan keutamaan atas yang wujud, sekurang-kurangnya semasa menyebutnya.
Sebaliknya, tidak ada maknanya jika ia hanya diterima dalam ucapan, Untuk
mengutamakan atau Sifat-sifat utama yang berfungsi untuk meningkatkan
penyertaan seperti mana ia diterangkan, dan bahawa ia telah disebut oleh
ahli-ahli bahasa Arab malah ia jelas kepada sesiapa yang membaca doa ini dan
memikirkan maknanya
ALAM
MALAK
Alam Jasmani
A. – Alam Al-Malak: atau Alam Jasmani
yang kita hidup, dan yang terdiri dari benda - yang mirip dengan ketiadaan, dan
yang tidak mempunyai nasib dalam Kewujudan, kecuali keupayaan untuk wujud - dan
dari rupa bentuk ia zahir. Dan benda yang terbit dengan rupa bentuk, dan segala
benda dari jisim daripada perasaan, dan rasa, dan bau, dan pergerakan, dan
pertumbuhan dan kematian, jadi ia adalah rupa bentuk jasmani dan mithali dan
bukan untuk benda. Sebagai contoh: jari pada tubuh manusia merasakan haba dan
kesejukan, dan kelembutan dan kekerasan, dan apabila manusia ini mati - dalam
kebanyakan kes - tubuhnya berubah menjadi tanah, dengan itu jari ini menjadi
segenggam tanah.
Dan kebenaran perkara ini ialah: bahawa
rupa bentuk jari manusia 'telah diangkat dari benda, dan telah didedahkan
kepada rupa bentuk baru, iaitu imej segenggam tanah, dan ia adalah jisim baru
tanpa deria. Oleh itu, ia menjelaskan kepada kita bahawa deria dalam jisim
tubuh memiliki (mempunyai) rupa bentuk dan benda-benda. Dan oleh itu, jika
segenggam tanah bertukar menjadi buah oren, ia akan mempunyai bau yang enak dan
rasa lazat, walaupun benda jari, tanah, dan oren adalah sama. Walau
bagaimanapun, pertukaran rupa bentuk adalah sebab kepada perubahan bau, dan
kelazatan, dan rasa, bahkan adalah haram (dilarang) untuk makan tanah dan jari
manusia, sementara adalah halal (dibenarkan) makan oren.
Maka dari Al Sadiq (as), beliau berkata
: “Tahukan kamu Hai Fulan bahawa taraf hati dalam jasad adalah bertaraf Imam
pada manusia yang wajib ditaati oleh mereka, tidakkah anda lihat bahawa semua
pancaindera tubuh adalah penyediaan hati, dan menjadi penterjemah untuknya,
melakukan perkara-perkara untuknya, telinga, mata, hidung, mulut, tangan, kaki,
dan bahagian-bahagian tertertentu, kerana sesungguhnya jika hati bertujuan
untuk melihat, orang itu membuka matanya, dan jika ia bertujuan untuk
mendengar, dia sediakan dengan memasang telinganya dan pendengarannya tersedia
supaya dia mendengar, dan jika hatinya bertujuan untuk mencium bau, dia
menyedut melalui hidung dan membawa bau ke hati, dan jika ia bertujuan untuk
melafazkan, lidahnya bercakap, dan jika ia bertujuan untuk menyerang, tangannya
bergerak, dan jika ia bertujuan untuk bergerak, kaki akan melangkah, dan jika
ia bertujuan untuk menjadi berahi, auratnya akan bergerak . Oleh itu semua ini
[diperintahkan] dengan digerakan oleh (hati) hatinya, dan begitulah juga pada
Imam yang kamu mesti patuhi arahan darinya.”
Dan dari sini kita tahu bahawa Syari’at
tidak melihat kepada benda, dan bukan kepada rupa bentuk, sebaliknya, ia adalah
cukup untuk melihat ke arah rupa bentuk yang sempurna daripada Malakut
(Kerajaaan Langit), yang merupakan asal-usul rupa bentuk Jasmani. Dan untuk itu
diriwayatkan dari Maksumin (as) yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah tidak memandang ke arah alam dunia ini kerana Dia menciptanya ,“ “dan
sesungguhnya Allah tidak melihat rupa bentuk kamu, tetapi melihat kepada hati
kamu.”
Juga dengan apa yang saya telah
bentangkan, dari kekeliruan antara pemakan dengan yang dimakan adalah sia-sia,
sedangkan apa yang ada yang sama antara jari, tanah, dan oren dalam contoh
ialah: Benda sahaja, dan Benda: adalah ketiadaan yang [berpotensi] untuk wujud,
dan tidak ada yang lain. Oleh itu, untuk menjelaskan bahawa ia tidak wujud,
bermakna ini adalah sifat biasa sebenar di antara jari, tanah, dan oren .
B. – Alam Malakut (Kerajaan
Langit) dan ia adalah sebuah alam yang sempurna, yang bebas dari kebendaan, ia
adalah sama dengan apa yang dilihat sewaktu mimpi, dan ia adalah lebih mulia
daripada alam dunia Jasmani ini, tetapi dikawal dan ada tindakan di dalamnya.
Dan bagi setiap jisim (badan) di Kerajaan dunia terdapat imej (bentuk rupa)
untuknya di Alam Malakut, dan ia adalah hakikat imej manusia dalam Alam
Malakut, ia adalah dirinya, atau diri yang diimplan dalam hati (Al-Janan) [4],
dan ia adalah perancang untuk badan di dunia kebendaan ini, dan diri ini, atau
diri yang diimplan dalam hati (Al Janan) adalah: bayangan akal.
C. Al-‘Alam al-‘Aqli (Alam
Akal): dan ia adalah alam ketiga, lebih mulia daripada alam Malakut tersebut.
Dan Ia adalah alam menyeluruh, dan yang wujud di dalamnya adalah saling
berkaitan di antara satu sama lain, dan tidak ada percanggahan di antara alam-alam,
seperti dalam alam Malakut dan alam Malak (alam dunia Jasmani).
Dan matlamat utama manusia adalah untuk mencapai
alam ini, dan tujuan mencapai [alam ini] adalah untuk mengenal
(makrifat) Allah SWT, menurut apa yang telah saya bentangkan, Adalah tidak
(boleh) mengenal KebenaranNya dan HakikatNya, Yang Maha Suci, dan tidak
juga mengenal Zat-Nya, atau Nama-namaNya dan sifat-sifatNya yang merupakan
teras (‘ain) Zat-Nya, tetapi sebaliknya adalah mengenal bayang-bayang
Nama-nama TerbaikNya (Al-Asmaa Ul-Husna), dan ia adalah Hujaj (as).
Dan saya menekankan sesungguh mereka adalah bayang-bayang Nama-nama
TerbaikNya, tiada Nama-nama TerbaikNya yang merupakan teras Zat-Nya.
Adapun apa yang telah diriwayatkan dalam
beberapa hadits yang memanggil mereka "Asmaa Ul-Husna", oleh kerana
rupa bentuk memberitahu tentang asal-usul, maka apabila anda melihat rupa
bentuk seseorang anda katakan: ini adalah demikian dan demikian, padahal apa
yang dilihatnya adalah rupa bentuknya [sahaja], dan bukan hakikat dirinya
[bermakna ia hanya gambar dia dan bukan dirinya sendiri].
Dan Dia yang Maha Suci, telah memilih
daripada ciptaan-Nya orang-orang yang Dia bukakan untuk mereka pintu
rahmat-Nya, dan menyingkap untuk mereka penutup hingga mereka melihat Rasul
Mulia (S), mewakili Zat, atau Kota Kesempurnaan, dan pintunya adalah Ali dan
Fatimah (as), atau mengatakan kepada bayang-bayang: Allah, Ar-Rahman, Al-Rahim,
dan wajahNya yang Maha Suci dalam Penciptaan (Al-Mumkinaat). Dan manusia, pada
keseluruhan alam ini, memuji Allah Tuhan sekalian alam , dan puji-syukur
kepadaNya, kerana sesungguhnya Dialah dengan KemuliaanNya memberi tanpa
dibalas. Bagi Dia, yang Maha Suci, adalah pentadbir dalam alam (dunia) Jasmani
ini, kerana dari segumpal tanah keluar tumbuh-tumbuhan, maka terpancar mani dan
induk telur, kemudian menjadi janin, kemudian anak, kemudian
tubuh – kanak-kanak yang terus membesar dan menjadi lengkap sedikit
demi sedikit.
Dan manusia dalam semua peringkat ini
miskin dan memerlukan Tuhan yang Kaya. Siapakah yang memberi kepadanya
persekitaran yang sesuai, dan makanan yang mencukupi untuk pertumbuhannya
melengkap, dan menolak darinya percanggahan yang mermbahayakan.
Dan mungkin seseorang berkata: apakah
penggunaan menjadi lengkap dalam dunia kebendaan, dan hasilnya adalah bahawa
badan manusia, yang penuh kesempurnaan dalam (alam) dunia Jasmani ini, kembali
menjadi segumpal tanah, dan ia jumud (tidak bernyawa), dan ia adalah wujud
Jasmani yang paling rendah?
Saya katakan: sesungguhnya jika badan
manusia hingga menjadi lengkap, dengan cara yang benar, dan telah dibina secara
Halal, dan disucikan dengan amalan soleh untuk Allah yang Maha Suci, maka dia
tidak akan kembali kepada segumpal tanah, bahkan akan kekal sebagai badan
manusia (Jisim Insan), dan diriwayatkan bahawa bumi tidak makan (hancur
luluhkan) “Jisim (jasad) para Nabi, Aushiak, Syuhada’, dan siapa yang
memelihara dalam melakukan Mandi pada hari Jumaat selama empat puluh minggu.”,
dan banyak [kali] manusia yang mengalami kebenaran ini, apabila kubur-kubur
beberapa syuhada digali semula, dan mereka mendapati bahawa [jasad mereka]
adalah sama [masih utuh] dan tidak berubah, juga ia telah dilaporkan bahawa
badan Har anak Yazid Al Riyahi (semoga Allah merahmati kepadanya) digali
semula, dan didapati ia tidak berubah [walaupun selepas] berlalu seratus tahun
syahidnya dengan Al-Hussein bin Ali (as) [6].
Oleh yang demikian, pereputan mayat
kebanyakan orang dan kembali kepada segumpal tanah adalah hasil dari mereka membinanya
apabila tebing runtuh dan tidak menyucikannya dengan amal soleh.
Dalam Alam Malakut, manusia
memerlukan Pendidik yang melimpahkan kesempurnaan Akhlak yang dia akan diangkat
ke Alam Aqal, dan memerlukan Tuhan yang olehNya sahaja menolak dia dari
keinginan palsu diri, dan bisikan-bisikan syaitan dari kalangan jin dan manusia
yang menyekatnya menuju ke jalan Allah SWT.
Bagi kumpulan kecil yang sampai ke Alam
Aqal, mereka memerlukan Tuhan Yang melimpahkan kepada mereka dan menyempurnakan
mereka, masing-masing dengan mengambil kira darjatnya dan berkata: {(وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْماً)
"Tuhanku, tingkatkanlah ilmu."}, sebagaimana Dia menetapkan pendirian
mereka di alam ini. Dan dengan itu, semua yang wujud di seluruh alam
berhajatkan Tuhan yang Maha Suci, dan berharap keutamaanNya, dan menunggu
Pendidiknya untuk menjadi lengkap dan [untuk] kekal.
Sebagai manusia ia memperoleh kedudukan
(maqam) dalam Kerajaan Malakut, maka dia makan dan minum bukan untuk jasmani
kebendaan sahaja, kerana orang yang berpuasa makan dan minum ketika dia tidur
di siang hari seperti yang diriwayatkan dalam Hadits daripada mereka (as),
Bahkan ramai orang semasa mereka tidur di siang hari berpuasa melihat di dalam
penglihatan mereka (dimimpikan) makan dan minum dan apabila bangun (sedar) dan
lapar dan dahaga hilang, seolah-olah mereka telah makan dalam dunia jasmani
ini, jadi Imam Al -Sadiq (as) adalah membimbing manusia memperbanyak mengingati
(berzikir) Allah dari mengutamakan dunia.
Pada hakikatnya manusia mesti
mengentahui: (Dengan makanan anak-anak Adam akan mati), oleh itu dengan makanan
dan keinginan (nafsu), jiwa (ruh) menjadi sibuk (jauh) dari kemajuan
(peningkatan), dan ia dihalang oleh persiapan badan jasmani ini, dan persiapan
ruh (jiwa) beransur-ansur mati, berbanding orang yang berjihad di jalan Allah
SWT sentiasa berusaha beransur-ansur naik kedudukan (maqam)nya
1.
Ruh
Kehidupan
2.
Ruh
Kekuatan
3.
Ruh
Syahwat
4.
Ruh
Iman
5. Ruh Kudus
Dia SWT berfirman:
﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا
كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُوراً
نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ
مُسْتَقِيمٍ﴾
Dan
demikianlah Kami wahyukan kepadamu Ruh dengan perintah Kami. Sebelumnya
kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula iman
itu, tetapi Kami menjadikan cahayanya itu yang dengannya Kami tunjuki
(beri hidayah) siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan
sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
[Al-Syuraa’ 42:52]
Jadi
Rasulullah Muhammad (S) ketika beliau diturunkan ke dunia jisim (al-‘alam
al-jasmani) ini untuk memulai ujian kedua setelah ujian pertama
di Alam Zarah (Alam Zarr), beliau ditutupi dengan Tubuh Jasmani ini,
tetapi apabila beliau mengabdikan diri kepada Allah, Yang Maha Agung,
Maha Mulia, dengan pengabdian yang tidak pernah diketahui Bumi sepertinya,
Allah, Yang Maha Agung, Maha Kuasa, mencintainya dan menugaskan untuknya Ruhul
Qudus Teragung, dan beliau merupakan pemenang dalam perlumbaan di dunia ini
sepertimana beliau juga adalah pemenang perlumbaan ini dalam ujian pertama di
Alam Zarah (Alam Zarr).
Alam
Al-Zarr dan Alam
Al-Raj3ah adalah dua alam yang haqiqi dan wujud di Langit Pertama, di mana
bagi masa-masa dan ruang-ruang, dan Langit Pertama adalah penghujung
langit Langit Dunia.
Langit
Pertama: meliputi (termasuk) Langit Dunia dan apa yang ada di dalamnya, dan
Alam Jasmani yang padat (kasar) ini boleh dilihat dan (seluruh alam semesta)
adalah sebahagian daripada Langit Dunia.
Maka
alam yang dapat dilihat ini adalah sebahagian dari Langit Dunia yang juga
merupakan sebahagian daripada Langit Pertama.
Syurga
Adam (as) ada di Langit Pertama dipanggil Syurga dunia – Syurga Langit Dunia
(Al-Jannah Al-Ardhiah)
Dan
syurga yang dijanjikan ada di Langit Kedua
Adapun
Neraka (Jahannam) ia berada di lapisan bumi ketujuh (Al-Ardhiyin
Al-Sabi3ah) di Langit Jasmani (Al-Samaa’ Al-Jasmaniyah).
﴿وَزَيَّنَّا
السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظاً﴾
"Kami hiasi langit dunia dengan
lampu-lampu (bintang-bintang) dan Kami memeliharanya ":
Bahawa
lampu adalah Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan Washiy-washiy (as) yang melindungi
orang-orang yang mengikuti mereka (pengikut) dari bisikan syaitan melalui
ajaran dan akhlak Ilahiyah (Ketuhanan) yang diajarkan kepada manusia.
Dan
penampilan mereka di Langit Jasmaniyah dengan planet-planet dan
matahari-matahari sebagai lampu isyarat, kerana terlalu gelap keadaan di langit
dan terlalu sedikit bintang-bintang berbanding dengan bahagian yang gelap,
sepertimana di bumi, amatlah sedikit Nabi-nabi dan berapa banyak orang-orang yang
menentang mereka, memerangi mereka dan berpaling dari mereka serta tidak
memberi pertolongan kepada mereka. Maka, sentiasa sedikit para nabi, para
washiy dan Ansar (penyokong) mereka, seperti (sedikitnya bintang-bintang di
Langit Jasmaniyah).
Pada
akhir pergerakan orbit (falak) yang besar (Maksud saya lengkok ke bawah), dan
permulaan kenaikannya ke arah akhirat, mereka yang memberi keutamaan kepada
Alam Jasmani ini akan beralih ke Jahim dan terbakar. Jadi, mereka yang memilih
perhiasan bumi, hukuman mereka akan adalah kembali kepada apa yang mereka telah
pilih dan mereka menderhaka terhadap Allah untuk hal itu atau mengatakan mereka
akan kekal di dalamnya, kerana Jahannam (neraka) akan membakar amalan,
perbuatan dan kezaliman mereka.
Dan
kini ia telah menjelaskan kepada saudara mengenai ayat ini sebelum ini:
﴿يَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ
بِالْكَافِرِينَ﴾
Mereka meminta kepadamu supaya segera
diturunkan azab. Dan sesungguhnya Jahannam benar-benar meliputi orang-orang
yang kafir.



Wynn Hotel Las Vegas and Encore - MapyRO
ReplyDeleteWynn Hotel 원주 출장안마 Las Vegas and Encore is a shimmering 울산광역 출장샵 gold 9-star hotel 대전광역 출장안마 within a 5-minute 하남 출장안마 walk of 서울특별 출장샵 Fashion Show Mall and Fashion Show Mall.