Monday, 1 April 2019
Jaga-jaga dengan Tasauf – Kesufian atau Irfan bentuk Falsafah
Dipetik dari Kitab Al-3ijl Ketiga,
‘Aqaid (Akidah-akidah)
Jaga-jaga dengan Tasauf –
Kesufian atau Irfan bentuk Falsafah
Adapun Tasauf (Irfan) dalam Islam,
sebahagian mereka telah merujuknya kepada falsafah pencerahan Yunani, itulah
Irfan yg difahami di sisi Syiah dan Sunni hari ini.
Dikatakan bahawa yang pertama sekali
mengkaji tentang Irfan adalah Ibnu Arabi (Ibnu 3arabi) atau
ulamak lain dari Ahlussunnah.
Hakikat Irfan (Tasauf) yang difahami mereka
amat salah dan amat bercanggah, yang tidak seharusnya dilakukan oleh setiap
orang yang ingin mendalami agama-agama Allah dan syariat-syariat dari langit.
Ini kerana jalan Irfan atau beramal untuk mengenal Allah hanya didatangkan
melalui para Nabi (alaihimu solatu wasalam). Bahkan ianya adalah fitrah yang
ditetapkan dalam diri setiap insan, sebagaimana firmanNYA:
﴿سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي
أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ﴾
“Kami
akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat
dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka
sesungguhnya yang Haq (kebenaran) (Fussilat:53), [110]
Dan firmanNYA lagi:
﴿وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِلْمُوقِنِينَ *
وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلا تُبْصِرُونَ ﴾
”Dan
pada bumi ada tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin, * Dan juga pada diri
kamu. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat?” (Al Zariyyat: 20-21). [111]
Maka tanda-tanda itu ada dalam
diri-diri yang menyucikan diri mereka. Dan pada alam yang terbentang
luas ini bagi mereka yang ingin berdalilkan akal dan mensucikan diri mereka.
Sepertimana Nabi (S) dan Aushiak (as) mengingatkan orang mukmin dalam banyak
hadits tentang jalan ini dan kepentingan beramal dengannya, tanpa berkompromi
dalam perlaksanaan syariat, samada ianya wajib, sunat, haram dan makruhnya. Itu
adalah satu- satunya cara untuk sampai kepada Allah, dan bukannya dengan
lafaz-lafaz, istilah-istilah dan kebohongan-kebohongan sebahagian mereka yg
menulis tentang Irfan (Tasauf), yang mereka namakan mujahadah-mujahadah
yang Allah tidak turunkan sebarang kuasa (hak) padanya.
Makrifat Allah hanya dapat disempurnakan
dengan penyucian diri, dan penyucian diri tidak dapat disempurnakan melainkan dengan
perlaksanaan syariat dan zuhud pada dunia, menginfakkan diri di jalan
Allah dan menghias diri dengan akhlak yang mulia, kecintaan dan kebencian
kerana Allah, bersusah payah pada zat Allah dan memusuhi orang-orang kafir
serta munafik, dan berbelas ihsan sesama mukminin, sebagaimana firman Allah
Taala:
﴿اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴾
”Allah
Nur (yang menerangi) langit dan bumi. Bandingan nur (hidayat petunjuk) Allah
adalah sebagai sebuah "misykaat" (relung cahaya) yang ada sebuah
lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang)
laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak
dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja
disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya;
hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar
walaupun ia tidak disentuh api; cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa
yang dikehendakiNya kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan
berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu." (Al Nur: 35).[112]
والحمد لله وحده،
Dan Segala puji tertentu bagi Allah
semata-mata,
﴿وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ
وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ﴾
“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara
yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun dibenci oleh
orang-orang yang melakukan dosa.” (Yunus: 82) [113]
✡✡✡✡✡
-------------------------------
[110] - Fushlat: 53.
[111] – Al-Zhariaat: 20-21 .
[112] – Al-Nur: 35.
[113] - Yunus: 82
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kandungan Laman Ini
1- Mengenal Diri Sebenar Diri (Kaedah Bapak Dr. Baginda Mokhtar. 2- Al- Uluhiyah – Ketuhanan وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنسَانِ أَ...
-
MENGENAL DIRI SEBENAR DIRI (KAEDAH BAPAK DR. BAGINDA MUCHTAR JUGA DIKENALI DENGAN BBM) Sumber: https://www.facebook.com/notes/shahibul...
-
Soalan 323: Sesiapa yang mengenal dirinya akan mengenal Tuhannya بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, l...
-
1- Mengenal Diri Sebenar Diri (Kaedah Bapak Dr. Baginda Mokhtar. 2- Al- Uluhiyah – Ketuhanan وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنسَانِ أَ...