Monday, 1 April 2019

Jaga-jaga dengan Tasauf – Kesufian atau Irfan bentuk Falsafah


Dipetik dari Kitab Al-3ijl Ketiga, ‘Aqaid (Akidah-akidah)



Jaga-jaga  dengan Tasauf – Kesufian atau Irfan bentuk Falsafah


Adapun Tasauf (Irfan) dalam Islam, sebahagian mereka telah merujuknya kepada falsafah pencerahan Yunani, itulah Irfan yg difahami di sisi Syiah dan Sunni hari ini. 

Dikatakan bahawa yang pertama sekali mengkaji tentang Irfan adalah Ibnu Arabi (Ibnu 3arabi)  atau ulamak lain dari Ahlussunnah. 

Hakikat Irfan (Tasauf) yang difahami mereka amat salah dan amat bercanggah, yang tidak seharusnya dilakukan oleh setiap orang yang ingin mendalami agama-agama Allah dan syariat-syariat dari langit. Ini kerana jalan Irfan atau beramal untuk mengenal Allah hanya didatangkan melalui para Nabi (alaihimu solatu wasalam). Bahkan ianya adalah fitrah yang ditetapkan dalam diri setiap insan, sebagaimana firmanNYA: 

﴿سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ﴾

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka  sesungguhnya yang Haq (kebenaran) (Fussilat:53), [110]

Dan firmanNYA lagi:

﴿وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِلْمُوقِنِينَ * وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلا تُبْصِرُونَ ﴾

”Dan pada bumi ada tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin, * Dan juga pada diri kamu. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat?” (Al Zariyyat: 20-21). [111]

Maka tanda-tanda itu ada dalam diri-diri yang menyucikan diri mereka. Dan pada alam yang terbentang luas ini bagi mereka yang ingin berdalilkan akal dan mensucikan diri mereka. Sepertimana Nabi (S) dan Aushiak (as) mengingatkan orang mukmin dalam banyak hadits tentang jalan ini dan kepentingan beramal dengannya, tanpa berkompromi dalam perlaksanaan syariat, samada ianya wajib, sunat, haram dan makruhnya. Itu adalah satu- satunya cara untuk sampai kepada Allah, dan bukannya dengan lafaz-lafaz, istilah-istilah dan kebohongan-kebohongan sebahagian mereka yg menulis tentang Irfan (Tasauf), yang mereka namakan mujahadah-mujahadah yang Allah tidak turunkan sebarang kuasa (hak) padanya.

Makrifat Allah hanya dapat disempurnakan dengan penyucian diri, dan penyucian diri tidak dapat disempurnakan melainkan dengan perlaksanaan syariat dan zuhud pada dunia, menginfakkan diri di jalan Allah dan menghias diri dengan akhlak yang mulia, kecintaan dan kebencian kerana Allah, bersusah payah pada zat Allah dan memusuhi orang-orang kafir serta munafik, dan berbelas ihsan sesama mukminin, sebagaimana firman Allah Taala:

﴿اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴾

”Allah Nur (yang menerangi) langit dan bumi. Bandingan nur (hidayat petunjuk) Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" (relung cahaya) yang ada sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya; hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api; cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al Nur: 35).[112]

والحمد لله وحده،

Dan Segala puji tertentu bagi Allah semata-mata,

﴿وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ﴾

“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa.” (Yunus: 82) [113]



✡✡✡✡✡

-------------------------------
[110] - Fushlat: 53.
[111] – Al-Zhariaat: 20-21 .
[112] – Al-Nur: 35.
[113] - Yunus: 82


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Kandungan Laman Ini

1- Mengenal Diri Sebenar Diri (Kaedah Bapak Dr. Baginda Mokhtar. 2- Al- Uluhiyah – Ketuhanan    وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنسَانِ أَ...